MALAYSIA
40 peratus hasil Sabah: Rundingan mesti telus, berlandaskan data kewangan - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, Sabah tidak lagi akan menerima rundingan tanpa hasil, dan menuntut agar hak negeri itu dipenuhi. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan bahawa rundingan berhubung hak 40 peratus hasil negeri itu yang akan diadakan selepas ini mesti dijalankan secara telus, berlandaskan data kewangan sebenar dan bebas daripada sebarang manipulasi politik.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Sabah tidak lagi akan menerima rundingan tanpa hasil, dan menuntut agar hak negeri itu dipenuhi, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Hak perlembagaan bukan bahan tawar-menawar dan ia mesti dipenuhi tepat seperti yang diperuntukkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa malam.
Ahli Parlimen Kinabantangan itu menambah, BN Sabah akan memantau setiap peringkat proses tersebut.
Menurut beliau, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu serta memulakan rundingan segera merupakan pengiktirafan terhadap prinsip undang-undang yang penting.
Malah, hak 40 peratus hasil Sabah bukan ihsan politik, tetapi kewajipan perlembagaan, tambah beliau.
“Peruntukan 40 peratus ini merupakan komitmen Perlembagaan yang mengikat, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak pembentukan Malaysia pada 1963,” katanya.
Bung Moktar turut menegaskan bahawa kelemahan dan penyelewengan pentadbiran yang berlaku sejak 1974 bukan sekadar isu teknikal, tetapi telah mencemarkan prinsip federalisme yang menjadi asas hubungan antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
Hari ini, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas Negeri Sabah dari tahun 1974 hingga 2021 berdasarkan 40 peratus hasil.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera.

#hasil Sabah
#40 peratus
#peruntukan
#Bung Moktar Radin
#politik
#Perlembagaan
#kerajaan negeri Sabah