MALAYSIA
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Zulkifli berkata, naskhah Al-Quran akan terus dihantar secara berperingkat ke banyak negara dalam tempoh beberapa bulan akan datang. -Foto/ Bernama
PUTRAJAYA: Lebih setengah juta naskhah al-Quran telah disalurkan ke lebih 40 negara di seluruh dunia di bawah inisiatif Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hasan, pencapaian itu diperkukuhkan lagi dengan penghantaran 40,000 naskhah Al-Quran ke Amerika Syarikat (Washington), Ivory Coast dan Ghana pada Jumaat.
“Kita meneruskan inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Solidariti Wakaf Al-Quran. Alhamdulillah, hari ini sebanyak 40,000 naskhah Al-Quran akan dihantar ke Washington, Ivory Coast dan Ghana,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Dua Kontena Penghantaran Al-Quran dan Terjemahan ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana, di Putrajaya pada Jumaat.
Menurut beliau, di bawah Yayasan Restu, Nasyirah Quran telah mencetak dan menterjemah Al-Quran dalam lebih 30 bahasa dunia, termasuk bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, Tagalog, Sepanyol dan Portugis.
“Penghantaran ini bukan sahaja ke negara majoriti Muslim, malah ke negara minoriti Muslim. Kita menghantar ke seluruh dunia dan inilah yang menunjukkan bagaimana al-Quran membawa rahmah ke sekalian alam,” jelasnya.
Tambah beliau, baki naskhah Al-Quran akan terus dihantar secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan permintaan antarabangsa yang semakin meningkat.
Antara negara yang dikenal pasti untuk penghantaran seterusnya termasuk Rusia, Jerman, beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam.
Selain itu, katanya sejumlah al-Quran turut akan dihantar ke Sarawak.
“Harap-harap Al-Quran membawa rahmah kepada negara kita dan membawa keberkatan. Pendekatan yang kita bawa adalah mesej rahmah dan kasih sayang, selari dengan tuntutan Al-Quran dan sunnah, serta seiring dengan konsep Madani,” katanya.