KUCHING: Jumlah penerbangan mingguan ke Sarawak kini adalah 488, merangkumi 41 penerbangan antarabangsa dan 447 penerbangan domestik, kata Timbalan Menteri Pengangkutan negeri Datuk Dr Jerip Susil.
Beliau berkata antara penerbangan antarabangsa ke Sarawak adalah dari Singapura dan Brunei, manakala penerbangan tempatan adalah dari pelbagai destinasi antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.
Dr Jerip berkata sejak pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia selepas pandemik COVID-19, kementeriannya bekerjasama erat dengan Kementerian Pengangkutan dan pemain industri pelancongan untuk mengembalikan semula penerbangan ke negeri ini.
"Kementerian juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk memperluas ketersambungan Sarawak ke Indonesia dan China.
"Dari segi ini, Kuching akan mempunyai ketersambungan secara langsung pertama ke Jakarta bermula 15 Jun tahun ini," katanya.
Beliau berkata dengan peningkatan kekerapan penerbangan dikendalikan oleh lebih banyak syarikat penerbangan, ia akan mewujudkan persaingan sihat yang akan membawa kepada harga tambang yang lebih murah dan kompetitif.
"Lebih banyak libat urus juga dilakukan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Sarawak pada musim perayaan dan cuti sekolah," katanya menjawab soalan Yap Yau Sin (GPS-Kota Sentosa) semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Antara penerbangan antarabangsa ke Sarawak adalah dari Singapura dan Brunei, manakala penerbangan tempatan adalah dari pelbagai destinasi antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor. - Fail/Bernama
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
Kedai pertama U Mobile di Sabah terletak di Imago Shopping Mall dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti talian pra bayad dan pasca bayar U Borneo.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
41 penerbangan antarabangsa, 447 domestik ke Sarawak setiap minggu
Jumlah penerbangan mingguan ke Sarawak kini adalah 488, merangkumi 41 penerbangan antarabangsa dan 447 penerbangan domestik.
AirAsia tambah 113 penerbangan ke Sarawak, tambang promosi RM99 sehala
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu sedia ditempah di airasia Super App sekarang.