Sebanyak 414 warga asing dan seorang rakyat tempatan ditahan dalam Ops Bersepadu 6P yang dijalankan lebih enam jam bermula 12 tengah malam tadi di Melaka.
Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Kamalludin Ismail berkata dalam operasi itu yang membabitkan 40 anggota Imigresen dan 50 anggota pelbagai agensi, 11 wanita warganegara China dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini.
Empat daripada wanita berkenaan ditahan ketika cuba melarikan diri melalui laluan rahsia di sebuah daripada 12 bilik karaoke di tingkat dua premis itu.
"Dinding di sebuah daripada 12 bilik karaoke di tingkat dua premis ditebuk bagi membolehkan GRO melarikan diri melalui tangga ke tingkat satu dengan pintu laluan terletak di bawah tempat sembahyang," katanya kepada pemberita di sini.
Sebanyak 403 lagi warga asing berusia lingkungan sebulan hingga 50-an ditahan di kawasan rumah pangsa di Bachang di sini atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 termasuk masuk ke negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh.
Kamalludin berkata pendatang asing yang ditahan itu membabitkan 203 orang warganegara Indonesia, Myanmar (100), Nepal (63), Bangladesh (21), India (10) dan Vietnam (6).
Seorang lelaki tempatan berusia 40-an turut ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta berkenaan kerana menjadi pelindung kepada pendatang tanpa izin.
Di SUNGAI PETANI, Jabatan Imigresen Kedah menahan 130 pendatang tanpa izin termasuk 10 wanita dalam serbuan di dua lokasi dalam Ops Selera di sini awal hari ini.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah Nar Azaman Ibrahim berkata pendatang asing berumur antara 14 dan 50 tahun itu didapati melanggar Akta Imigresen termasuk tidak memiliki dokumen sah serta tinggal melebihi tempoh.
Mereka ialah 53 lelaki Myanmar, 40 lelaki Indonesia, 16 lelaki Bangladesh, enam lelaki Nepal, empat lelaki Pakistan, seorang lelaki India, dan 10 wanita masing-masing lima dari Myanmar dan lima Indonesia.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini sejumlah 192 warga asing diperiksa dalam operasi itu, yang tertumpu kepada rumah kongsi tapak pembinaan Puteri Jaya Hill Park dan Lot 88 Sungai Petani.
Katanya operasi itu yang dijalankan dari 12 tengah malam tadi hingga 6 pagi ini disertai 137 pengawai dan anggota Imigresen dengan dibantu anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Di KAMPAR, Jabatan Imigresen Perak menahan 12 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam 'Ops Bersepadu 6P' di rumah kongsi kawasan pembinaan Bandar Baru Kampar di sini, awal hari ini.
Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Perak Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata mereka ialah 11 lelaki dan seorang wanita terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh dan Pakistan berusia antara 20-an dan 40-an.
"Mereka ditahan kerana tinggal lebih tempoh, mempunyai pas lawatan kerja sementara palsu dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di kawasan itu.
Operasi itu, hasil risikan sejak dua minggu lepas, telah memeriksa 114 orang iaitu 95 lelaki dan 19 wanita termasuk dua kanak-kanak. Mereka kemudian dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Langkap.
Bernama
Sun Sep 01 2013
Ops Bersepadu 6P di Sungai Petani
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
ATM sedia bantu operasi bersepadu banteras Pati - Zulkifeli
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM berkemungkinan akan turut terlibat dalam Ops Bersepadu 6P yang seterusnya.
414 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu di Melaka
Ada warga asing yang cuba melarikan diri melalui laluan rahsia di sebuah bilik ketika operasi dijalankan di sebuah premis karaoke.