MALAYSIA
417 kes penipuan babitkan kerugian lebih RM8.8 juta direkodkan polis Alor Gajah
Sindiket juga memperdaya mangsa dengan menawarkan kerja sambilan tidak wujud dan pembelian dalam talian di internet.
ALOR GAJAH: Sebanyak 417 kertas siasatan melibatkan kes penipuan direkodkan di daerah Alor Gajah membabitkan kerugian lebih RM8.8 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata kesemua kes berkenaan diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dengan pelbagai modus operandi termasuk menerusi panggilan telefon dan secara dalam talian.
"Modus operandi berkenaan antaranya sindiket penipuan memperdaya mangsa bahawa mereka menerima 'kiriman bungkusan' dari luar negara, panggilan telefon dengan menyamar sebagai pihak berkuasa dan pelaburan serta pinjaman tidak wujud.
"Selain itu, sindiket juga memperdaya mangsa dengan menawarkan kerja sambilan tidak wujud dan pembelian dalam talian di internet," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang panggilan, mesej atau tawaran yang meragukan.
-- BERNAMA