MALAYSIA
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Khalid ketika ditemui pemberita di Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Sebanyak 418 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan membabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dan jalan awam bagi tempoh 1 hingga 22 Jan di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata daripada jumlah itu, 315 NPK membabitkan warga tempatan manakala selebihnya warga asing.
Beliau berkata berdasarkan data SWCorp, 127 kes direkodkan di Kuala Lumpur, Kedah (99 ), Negeri Sembilan (61), Johor (58), Pahang (30), Melaka ( 24 ) dan Perlis (19).
"Daripada jumlah kes ini, 304 kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan 99 kes mendapat izin pendakwaan setakat ini manakala 15 kes telah dipersetujui untuk dibicarakan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.
Terdahulu, Khalid turut mengikuti prosiding pendakwaan pertama kes kesalahan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol air melibatkan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Bangladesh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Susulan prosiding itu, beliau berkata antara hukuman perintah khidmat masyarakat yang akan dikenakan terhadap Orang Kena Saman (OKS) adalah kerja-kerja memotong rumput, pembersihan longkang, pembersihan tandas dan menyapu sampah.
Bagaimanapun, Khalid berkata setiap hukuman perintah khidmat masyarakat akan diberikan mengikut kesesuaian OKS selain mengambil kira keselamatan mereka yang sentiasa diberi keutamaan semasa pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 418 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan berikutan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam di beberapa negeri yang menerima Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
- 315 NPK melibatkan penduduk tempatan manakala selebihnya warga asing, dengan majoriti kes direkodkan di Kuala Lumpur, Kedah, dan Negeri Sembilan.
- Hukuman perintah khidmat masyarakat seperti kerja-kerja pembersihan akan dikenakan kepada Orang Kena Saman (OKS) berdasarkan kesesuaian dan keselamatan OKS yang diberi keutamaan semasa pelaksanaannya.