MALAYSIA
42 jemaah umrah terkandas di Jeddah
Jemaah dikatakan terpaksa berpindah dari satu hotel ke hotel lain, termasuk ke apartment servis di sekitar Jeddah dengan kos penginapan ditanggung oleh mutawif mereka. - Gambar/ Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Seramai 42 jemaah umrah dari Malaysia terkandas di Jeddah selepas agensi pelancongan tempatan didakwa gagal menyediakan tiket penerbangan dua hala meskipun bayaran penuh sudah dibuat lebih awal.
Ringkasan AI
Salah seorang jemaah, Rakis Santa mendakwa, mereka sepatutnya berlepas pulang ke Malaysia pada Sabtu lalu selepas selesai menunaikan ibadah umrah dan lawatan ziarah ke Taif.
Namun, dakwanya semasa taklimat akhir yang dijalankan secara dalam talian, jemaah dimaklumkan bahawa tiket penerbangan pulang mereka sebenarnya tidak wujud.
Tambahnya, wakil pengurusan agensi berkenaan turut meminta setiap jemaah membuat bayaran tambahan sebanyak RM2,300 kononnya bagi pembelian tiket baharu, dengan alasan syarikat kehabisan dana operasi.
"Ini amat mengejutkan kerana kami sudah membayar antara RM9,000 hingga RM12,000 seorang untuk pakej umrah. Ada juga ahli keluarga yang tidak dapat turut serta kerana masalah kesihatan, tetapi sehingga kini tiada sebarang bayaran balik diterima walaupun ada yang membuat pembayaran antara RM30,000 hingga RM90,000," dakwanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Lebih mengecewakan, Rakis mendakwa penginapan lima bintang atau setaraf yang dijanjikan syarikat tersebut tidak menepati jangkaan mereka.
Menurutnya, jemaah terpaksa berpindah dari satu hotel ke hotel lain, termasuk ke apartment servis di sekitar Jeddah dengan kos penginapan ditanggung oleh mutawif mereka.
Sementara itu, situasi sama turut dikongsikan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut PU Abu, beliau dan jemaah lain terpaksa bermalam satu malam lagi di Jeddah, tanpa kepastian sama ada mereka akan dapat pulang ke tanah air dalam masa terdekat atau tidak.
Sementara itu, Pengarah Urusan Persada Global Holidays Sdn Bhd, Shahir Ibrahim, memaklumkan pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian itu dan menegaskan syarikat tidak melarikan diri atau mengabaikan amanah yang diberikan.
"Sebaliknya, semua tindakan sedang diambil secara menyeluruh dan berfasa bagi memastikan penyelesaian yang terbaik buat semua jemaah.
"Cuma kami memohon kerjasama daripada jemaah yang berkemampuan untuk memberikan pinjaman sementara bagi tujuan pembelian tiket penerbangan baharu dengan komitmen bayaran balik dalam tempoh 90 hari," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Shahir turut mengakui kejadian itu berpunca daripada beberapa isu logistik dan teknikal yang tidak dijangka, termasuk kekangan dana operasi serta cabaran dalam mendapatkan pengesahan tiket penerbangan pulang dalam tempoh ditetapkan.
"Pihak syarikat kini sedang mengatur pembelian tiket secara berperingkat bagi memastikan semua jemaah dapat kembali ke tanah air secepat mungkin,” katanya.
Menurutnya lagi, pihak pengurusan juga telah menghubungi jemaah serta waris mereka secara langsung dan memberikan maklumat berkala mengenai perkembangan semasa situasi berkenaan.
Dalam masa sama, Persada Global Holidays turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Ringkasan AI
- Seramai 42 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah selepas agensi pelancongan didakwa gagal menyediakan tiket penerbangan pulang walaupun bayaran penuh telah dibuat, dan diminta membayar tambahan RM2,300 untuk tiket baharu.
- Jemaah mendakwa penginapan yang dijanjikan tidak menepati standard, menyebabkan mereka berpindah-pindah hotel dan tinggal di apartment servis dengan kos ditanggung oleh mutawif.
- Agensi Persada Global Holidays mengakui tanggungjawab dan sedang mengambil langkah berperingkat untuk menyelesaikan isu termasuk pembelian tiket baharu, serta bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kementerian berkaitan.