awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru

Fareez Azman
Fareez Azman
09/10/2023
09:10 MYT
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan media pada Isnin, kesemua rakyat Malaysia itu diselamatkan dalam satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima.
"Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima ingin mengesahkan bahawa 43 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan oleh polis Republik Peru pada 7 Oktober 2023.
"Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis Republik Peru telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina dan kesemua mangsa warganegara Malaysia tersebut telah dikenal pasti dan diselamatkan," jelas kenyataan itu.
Kesemua rakyat Malaysia telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang dalam masa terdekat.
"Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa," menurut kenyataan itu.
Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di talian +51-1-422-0297, +51-1-441-1939, +51-1-441-0795 atau emel ke [email protected].
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Macau Scam
#penyeludupan manusia
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan