Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula esok (7 November) dan berakhir pada 6 Disember depan.

Ia melibatkan seramai 434,535 calon yang mendaftar bagi peperiksaan itu.

Daripada jumlah itu, 377,194 orang ialah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 3,732 pusat peperiksaan dibuka seluruh negara dengan 32,220 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Peperiksaan akan bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 diikuti dengan Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu Kertas 2.