MALAYSIA
4,352 Pegawai Perubatan terima surat tawaran lantikan tetap - KKM

Seramai 4,352 calon Pegawai Perubatan Gred UD10 akan menerima surat tawaran lantikan tetap selewat-lewatnya pada 18 Ogos ini.
PUTRAJAYA: Seramai 4,352 calon Pegawai Perubatan Gred UD10 akan menerima surat tawaran lantikan tetap selewat-lewatnya pada 18 Ogos ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ringkasan AI
- Seramai 4,352 calon Pegawai Perubatan Gred UD10 akan menerima surat tawaran lantikan tetap selewat-lewatnya 18 Ogos, dengan pelaporan diri ke fasiliti KKM bermula 2 Oktober secara berperingkat.
- Pelantikan dilaksanakan secara berfasa melibatkan beberapa kohort kontrak, dengan sesi libat urus bersama MoF, SPA dan JPA bagi memastikan proses berjalan lancar dan teratur.
- Langkah ini selaras dengan strategi KKM untuk memperkukuh sistem kesihatan awam melalui pengisian jawatan kritikal, susulan arahan Perdana Menteri agar proses birokrasi dipercepatkan.
KKM turut menjelaskan bahawa sesi libat urus telah diadakan bersama Kementerian Kewangan (MoF), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan proses pelantikan berjalan lancar dan mengikut perancangan.
Kementerian itu juga menegaskan komitmennya untuk memastikan keseluruhan proses berlangsung secara teratur dan berkesan.
“Langkah ini selaras dengan strategi KKM untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan awam negara melalui pengisian jawatan kritikal yang dirancang secara menyeluruh, seimbang dan berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan,” tambah kenyataan itu.
Terdahulu, pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Inisiatif Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia berkata, kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 jawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan tetap bagi doktor kontrak, susulan keperluan mendesak dalam sektor kesihatan negara.
Beliau turut mengarahkan KKM mempercepatkan proses birokrasi yang menjadi punca kelewatan, memandangkan pada asalnya kementerian menjangkakan jawatan berkenaan hanya dapat diisi sepenuhnya menjelang November.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami