awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 individu ditahan disyaki terlibat dengan sindiket penipuan panggilan

Bernama
Bernama
13/10/2023
13:45 MYT
44 individu ditahan disyaki terlibat dengan sindiket penipuan panggilan
Penahanan mereka itu dibuat selepas satu serbuan yang dilakukan di dua unit kondominium di Jalan Tun Razak, pada Khamis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan 44 individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan menerusi panggilan telefon dalam serbuan yang dilakukan di dua unit kondominium di Jalan Tun Razak di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam serbuan pertama, seramai 24 individu terdiri daripada 15 lelaki dan sembilan wanita tempatan, berumur 20 hingga 38 tahun ditahan kerana terlibat dengan penipuan penjualan telefon pintar dalam talian.
"Turut dirampas 10 unit komputer, 44 unit telefon bimbit dan dua unit terminal kad kredit dan debit. Sindiket ini juga menawarkan komisen antara RM200 hingga RM300 untuk setiap telefon bimbit yang dijual dengan kerugian dianggarkan RM139,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ashari berkata dalam satu lagi serbuan di unit berbeza di kondominium yang sama, seramai 20 individu iaitu sembilan lelaki dan dua wanita tempatan serta tujuh lelaki dan dua wanita warga asing turut ditahan kerana disyaki melakukan penipuan pelaburan tukaran mata wang asing dalam talian.
Menurutnya dalam serbuan itu, polis merampas 19 unit komputer, 27 unit telefon bimbit, dua unit iPad dan masing-masing sebuah penghala dan modem.
Katanya hasil siasatan awal mendapati kedua-dua sindiket ini telah beroperasi selama tujuh bulan dengan menggunakan media sosial untuk mempromosikan penjualan telefon pintar dan pelaburan tukaran mata wang asing tidak wujud.
Sindiket pertama dilaporkan menyasarkan warga tempatan, manakala sindiket kedua pula menjadikan warga Myanmar serta Dubai sebagai mangsa.
Kesemua individu terlibat direman sehingga esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#polis
#penipuan panggilan
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan