awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 orang terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/10/2022
05:55 MYT
44 orang terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi
Seramai 44 pengunjung air terjun Telaga Tujuh, Langkawi, dilaporkan teperangkap dalam kejadian kepala air pagi tadi.
LANGKAWI: Seramai 43 pendaki dan seorang jurupandu yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh, Langkawi berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi semua mereka sedang dalam perjalanan untuk turun dari bukit.
Beliau berkata, hujan lebat turun telah mengakibatkan terjadi kepala air membuatkan mereka terperangkap.
Makluman Orang Awam Terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi
Pada 16/10/2022 jam lebih kurang 1035Hrs telah terima panggilan telefon daripada pihak Bomba Langkawi memaklumkan seramai 44 orang mangsa terperangkap di Telaga Tujuh Langkawi Kedah. pic.twitter.com/Y1mNMdSdKt
— BERNAMA TV (@BernamaTV) October 16, 2022
“Sepasukan anggota polis dan Bomba tiba di lokasi mendapati mangsa berada di seberang tebing sungai dan tidak dapat melintasi.
“Pada awalnya pasukan penyelamat berhadapan kesukaran untuk memasuki tempat kejadian kerana air sungai deras.
“Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya memindahkan mangsa ke kawasan selamat dengan merentasi sungai menggunakan tali,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya kesemua mangsa selamat dan berjaya dibawa keluar pada pukul 3 petang.
Topic Berkaitan
#Telaga Tujuh
#44 orang terperangkap
#Langkawi
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan