awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
PHB lantik Mazuki Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan
Dakwaan pihak istana ada kaitan lidungi ajaran Qardiani tidak bertanggungjawab - JAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor

Bernama
Bernama
25/12/2025
01:15 MYT
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Ab Rahaman (kanan) melihat motor yang diubah suai menerusi Op Krismas dan Op Ambang di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri hari ini. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Polis Johor mengeluarkan sebanyak 4,433 saman trafik dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaan Op Krismas dan Op Ambang Tahun Baru yang bermula Selasa lepas hingga 12.30 tengah hari semalam (24 Dis).
Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dua operasi serentak itu, yang akan diteruskan sehingga 1 Jan depan, melibatkan seramai 1,681 pegawai dan anggota di seluruh negeri yang ditugaskan secara bergilir setiap hari.
Beliau berkata, penugasan dalam kedua-dua operasi tersebut membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Pengurusan serta semua jabatan dan cawangan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian kenderaan, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran diubah suai, tiada lesen memandu dan tiada perlindungan insurans.
"Fokus utama operasi ini adalah pencegahan kemalangan, jenayah jalanan serta mengekalkan ketenteraman awam susulan aliran trafik yang tinggi berikutan cuti hujung minggu, sambutan Krismas, cuti sekolah serta kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya pada sidang media sempena Op Krismas dan Op Ambang Tahun Baru di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri awal pagi ini.
Dalam satu operasi khas motosikal yang dijalankan di Iskandar Puteri dari 5 petang hingga 11 malam semalam, polis menahan dan memeriksa 52 motosikal, mengeluarkan 143 saman atas pelbagai kesalahan serta menyita kesemua motosikal terbabit di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan sehingga pemilik membaiki kesalahan kenderaan masing-masing.
Selain itu, Ab Rahaman berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 14 notis atas kesalahan pelepasan gas dan bunyi bising, manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 32 saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian kenderaan dan isu nombor pendaftaran.
Beliau menambah, pihaknya akan melaksanakan Ops Lancar bermula hari ini hingga 1 Jan depan dengan memberi tumpuan di lokasi-lokasi utama yang merekodkan pergerakan keluar masuk kenderaan yang tinggi.
"Data PLUS menunjukkan purata 22,000 hingga 24,000 kenderaan keluar masuk Johor setiap hari melalui Plaza Tol Senai Utara dan Lima Kedai sejak 19 Dis lepas, dengan 47 lokasi 'hotspot' dikenal pasti termasuk lebuh raya, pusat bandar serta pintu masuk utama seperti Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.
"Operasi ini adalah usaha memastikan Johor tidak mengalami kesesakan trafik yang teruk sepanjang tempoh perayaan hujung tahun," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai memanfaatkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk mendaftar maklumat balik kampung sempena musim cuti bagi memastikan keselamatan harta benda serta mengekalkan ketenteraman awam.
"Bagaimanapun, data menunjukkan jumlah pendaftaran melalui aplikasi itu masih rendah, dengan hanya 232 pendaftaran diterima setakat semalam berbanding jumlah sebenar penduduk yang meninggalkan rumah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman trafik
#Op Krismas
#Op Ambang Tahun Baru
#ketua polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan