awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

447,982 murid Tahun Satu terima BAP bermula minggu ini

Bernama
Bernama
11/03/2024
03:10 MYT
447,982 murid Tahun Satu terima BAP bermula minggu ini
Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid. - Gambar hiasan
JASIN: Sebanyak 447,982 murid tahun satu akan mula menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula minggu ini membabitkan peruntukan lebih RM67 juta untuk diagihkan ke 8,903 sekolah di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada RM788.13 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP, selain ibu bapa murid tahun satu tidak perlu membuat sebarang permohonan.
“Hal ini kerana data anak-anak mereka telah ada di sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua di sini hari ini.
Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.
Dalam pada itu, Azman berkata kantin sekolah termasuk di sekolah menengah kebangsaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi menyantuni murid dan pelajar yang bukan beragama Islam.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Azman Adnan
#murid Tahun Satu
#bantuan awal persekolahan
#Belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan