awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak

Bernama
Bernama
24/01/2025
20:00 MYT
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Lukanisman berkata, KKM juga akan melihat keperluan untuk menambah kamera itu buat penguat kuasa di Sarawak. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Sarawak kini mempunyai sebanyak 45 kamera badan untuk digunakan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negeri itu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
"Dengan adanya kamera badan ini semua perkara akan dirakam, kadang-kadang pegawai kita yang bertugas di lapangan pernah dikatakan dengan perkataan-perkataan tidak baik dan malah ada juga yang diserang.
"Penggunaan kamera ini juga adalah untuk menjaga integriti kita kerana ada kes di mana apabila pegawai mahu keluarkan kompaun ada mereka yang menawarkan sesuatu kepada pegawai," katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs), di sini, pada Jumaat.
Lukanisman berkata, KKM juga akan melihat keperluan untuk menambah kamera itu buat penguat kuasa di Sarawak.
"Buat masa ini kita tidak mempunyai satu jumlah yang tertentu (untuk tambah) kerana peralatan tersebut melibatkan kos pembelian dan selenggara," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Hospital Petra Jaya di sini, Lukanisman berkata, projek berkenaan telah mencapai 82 peratus dan dijangka siap Ogos ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#integriti
#kamera badan
#kos pembelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan