awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 lokasi kemalangan maut di kenal pasti di Johor

Bernama
Bernama
30/01/2022
09:04 MYT
45 lokasi kemalangan maut di kenal pasti di Johor
Datuk Kamarul Zaman Mamat menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Pelancaran Op Selamat 17 Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kempas hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Polis mengenal pasti 45 kawasan hitam atau 'blackspot' di negeri ini yang sering menjadi lokasi kemalangan maut terutama ketika musim perayaan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menugaskan seramai 25 pegawai dan 215 anggota sepanjang Op Selamat 17, bermula Jumaat lepas hingga 6 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata Op Selamat 17 memfokuskan dua objektif utama iaitu rumah selamat, perjalanan selamat yang membawa maksud mencegah jenayah pecah rumah dan mengurangkan kemalangan jalan raya.
"Pengguna jalan raya perlu patuhi tip yang diberikan pakar keselamatan jalan raya sebagai contoh apabila mengantuk perlu berhenti, selain menjaga jarak dengan kenderaan lain dan elak mengikut rapat kenderaan lain.
"Kalau kenderaan berhenti atau rosak di lebuh raya, sila keluar dari kenderaan dan minta bantuan daripada pihak yang berkaitan seperti anggota peronda Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas di sini pada Ahad.
Kamarul Zaman berkata lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini terutama ketika tiba musim perayaan melibatkan kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara, Seri Alam dan Iskandar Puteri.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung dan menyambut perayaan supaya melaporkan perancangan cuti kepada polis dengan mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh diperoleh di balai polis berhampiran atau dimuat turun menerusi portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Mereka juga boleh memaklumkan pergerakan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) selain menghubungi Hotline 999 bagi membolehkan pihak PDRM bersama komuniti memantau rumah yang ditinggalkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis johor
#Lokasi hitam kemalangan
#Johor Bahru
#keselamatan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan