awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 tan beras disyaki diseludup dirampas di Gerik

Bernama
Bernama
13/08/2025
11:43 MYT
45 tan beras disyaki diseludup dirampas di Gerik
Sebanyak 45 tan metrik beras dan sebuah treler yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM267,000 dirampas dalam Op Pintas 2.0 berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
IPOH: Sebanyak 45 tan metrik beras dan sebuah treler yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM267,000 dirampas dalam Op Pintas 2.0 berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi tadi.
Pengarah Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Perak Nurul Zhahirah Nahrawi berkata operasi pada pukul 1.30 pagi itu dilaksanakan bersama pasukan Unit E5, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu treler gagal mengemukakan dokumen sah bagi muatan beras yang dibawa dan disyaki terdapat pelanggaran pada Akta Kawalan Padi Beras (Akta 522).
"Sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau dua tahun penjara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nurul Zhahirah berkata pemandu treler berkenaan kemudiannya dibebaskan setelah selesai diambil keterangan.
"KPB Negeri Perak akan terus menggiatkan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras serta peraturan-peraturan di bawahnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beras dirampas
#Op Pintas
#JRTB Gerik
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan