awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

456 mangsa banjir Johor berlindung di 10 PPS

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2024
06:42 MYT
456 mangsa banjir Johor berlindung di 10 PPS
Anggota APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat semula apabila seramai 456 penduduk ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi Ahad.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 338 penduduk yang ditempatkan di tujuh PPS pada jam 10 malam Sabtu.
"Semua mangsa banjir itu terdiri daripada 125 keluarga di empat daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.
"Kota Tinggi antara daerah paling terjejas ketika ini dengan seramai 229 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS, diikuti Mersing dengan seramai 123 mangsa di sebuah PPS.
"Di Kluang menyaksikan seramai 84 mangsa ditempatkan di sebuah PPS dan Segamat pula merekodkan 20 mangsa di sebuah PPS, setakat jam 12 tengah hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor berkata, setakat ini banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian mangsa.
"Sementara itu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh negeri ini sepanjang hari ini.
"Tiga sungai di negeri ini telah mencapai paras air berbahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang; Sungai Kepala Orang di Kampung Jaya, Kota Tinggi dan Sungai Skudai di Kampung Laut di sini," katanya. -Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#10 PPS
#mangsa banjir meningkat semula
#Azmi Rohani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan