awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4.6 juta robot beroperasi di dunia, 42% daripadanya di China

Amanz
Amanz
29/09/2025
00:30 MYT
4.6 juta robot beroperasi di dunia, 42% daripadanya di China
Sepanjang 2024, China menambah lebih 295,000 robot bagi keperluan industri yang merupakan peningkatan 7% berbanding sepanjang 2023. - Gambar hiasan/Amanz
DI penghujung kurun ke-20, Jepun dan Amerika Syarikat menjadi kuasa besar pengeluaran produk dunia kerana penggunaan robotik secara meluas.
Oleh itu penggunaan robotik boleh dijadikan kayu pengukur pengeluar sesebuah negara.
Menurut laporan terkini International Federation of Robotics (IFR). yang diterbitkan minggu ini, terdapat 4,664,000 robot industri di dunia.
Daripada jumlah ini sekitar 2 juta atau sekitar 43% beroperasi di China.
Sepanjang 2024, China menambah lebih 295,000 robot bagi keperluan industri yang merupakan peningkatan 7% berbanding sepanjang 2023.
Dalam tempoh yang sama, Jepun di tangga kedua mencatatkan penyusutan -4%, Amerika Syarikat -9%, Korea Selatan -3% dan Jerman -5%.
Foto Amanz
Foto Amanz
Taiwan mencatatkan peningkatan pemasangan robot industri tertinggi sebanyak 33% tetapi ini hanya penambah 56,000 berbanding tahun 2023.
IFR melihat peningkatan permintaan yang besar robot dalam industri perubatan ia membantu prosedur pembedahan, rehabilitasi pesakit dan penggunaan dalam makmal bagi tujuan diagnosis serta analisis.
Untuk robot berbentuk humanoid pula, IFR melihat ia masih di peringkat ujian tanpa sebarang keperluan di dunia sebenar.
Pembangunannya sekarang dilihat sebagai proses pengumpulan data untuk membangunkan robot lain di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#China
#robot
#International Federation of Robotics
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan