MALAYSIA
46 kru maritim Malaysia berlepas ke AS bawa pulang kapal baharu
Pasukan ini merupakan kru pertama bagi kapal berkenaan yang bakal menjadi aset baharu Maritim Malaysia. - Foto Maritim Malaysia
KUALA LUMPUR: Seramai 46 kru penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan berlepas ke Baltimore, Amerika Syarikat (AS) pada 18 Julai ini bagi menjalankan misi penting membawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast ke tanah air.
Ringkasan AI
Pasukan ini merupakan kru pertama bagi kapal berkenaan yang bakal menjadi aset baharu Maritim Malaysia, sekali gus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara khususnya di perairan Laut China Selatan.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, dalam satu sesi amanat khas bersama kru terbabit semalam, menyifatkan misi itu sebagai lipatan sejarah yang membanggakan bukan sahaja kepada agensi, tetapi buat Malaysia keseluruhannya.
“Misi ini bukan sekadar pelayaran biasa. Ia simbol pengiktirafan antarabangsa kepada keupayaan dan profesionalisme Maritim Malaysia. Jaga nama baik negara, kekalkan integriti dan tunjukkan disiplin tinggi sepanjang anda semua berada di sana,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas kelulusan dalam proses penerimaan kapal itu daripada pihak US Coast Guard.
Menurut beliau, tanpa sokongan padu Kerajaan, misi sebegini tidak akan menjadi kenyataan dan usaha ini bukti bahawa kepimpinan negara sentiasa mendukung pengukuhan keselamatan maritim Malaysia.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Nor Hisham Ibrahim serta pengarah-pengarah bahagian dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Sementara itu, mengulas ucapan Saifuddin pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam yang menekankan kepentingan kompetensi dan amanah dalam kalangan penjawat awam, Mohd Rosli menyambut baik kenyataan itu dan menyatakan ia adalah prinsip yang ditanamkan kepada setiap pegawai dan anggota Maritim Malaysia.
“Tanpa kompetensi dan kemahiran, aset agensi tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Manakala jika amanah tidak dijadikan teras utama, maka perairan negara akan dipenuhi dengan ancaman jenayah maritim sekaligus membahayakan keselamatan negara,” jelasnya.
Untuk rekod, seramai empat kru Maritim Malaysia telah berada di Baltimore sejak Mei lalu bagi menjalani latihan penyesuaian dan pemeriksaan teknikal ke atas kapal berkenaan sebagai persiapan awal sebelum pelayaran pulang.
Kapal EX-USCG Cutter Steadfast yang berukuran 64.14 meter panjang dan 10 meter lebar itu mampu mencapai kelajuan sehingga 18 knot, dan dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan November 2025.
Ringkasan AI
- Seramai 46 kru Maritim Malaysia akan berlepas ke Baltimore untuk membawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast, yang bakal menjadi aset baharu penguatkuasaan maritim negara.
- Ketua Pengarah Maritim menyifatkan misi sebagai pencapaian bersejarah, sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas sokongan dalam perolehan kapal dan penekanan nilai integriti serta kompetensi.
- Kapal sepanjang 64.14 meter itu dijangka tiba di Malaysia pada November 2025, dengan empat kru sudah berada di AS bagi menjalani latihan teknikal dan penyesuaian sejak Mei.
Pasukan ini merupakan kru pertama bagi kapal berkenaan yang bakal menjadi aset baharu Maritim Malaysia, sekali gus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara khususnya di perairan Laut China Selatan.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, dalam satu sesi amanat khas bersama kru terbabit semalam, menyifatkan misi itu sebagai lipatan sejarah yang membanggakan bukan sahaja kepada agensi, tetapi buat Malaysia keseluruhannya.

“Misi ini bukan sekadar pelayaran biasa. Ia simbol pengiktirafan antarabangsa kepada keupayaan dan profesionalisme Maritim Malaysia. Jaga nama baik negara, kekalkan integriti dan tunjukkan disiplin tinggi sepanjang anda semua berada di sana,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas kelulusan dalam proses penerimaan kapal itu daripada pihak US Coast Guard.
Menurut beliau, tanpa sokongan padu Kerajaan, misi sebegini tidak akan menjadi kenyataan dan usaha ini bukti bahawa kepimpinan negara sentiasa mendukung pengukuhan keselamatan maritim Malaysia.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Nor Hisham Ibrahim serta pengarah-pengarah bahagian dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Sementara itu, mengulas ucapan Saifuddin pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam yang menekankan kepentingan kompetensi dan amanah dalam kalangan penjawat awam, Mohd Rosli menyambut baik kenyataan itu dan menyatakan ia adalah prinsip yang ditanamkan kepada setiap pegawai dan anggota Maritim Malaysia.
“Tanpa kompetensi dan kemahiran, aset agensi tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Manakala jika amanah tidak dijadikan teras utama, maka perairan negara akan dipenuhi dengan ancaman jenayah maritim sekaligus membahayakan keselamatan negara,” jelasnya.
Untuk rekod, seramai empat kru Maritim Malaysia telah berada di Baltimore sejak Mei lalu bagi menjalani latihan penyesuaian dan pemeriksaan teknikal ke atas kapal berkenaan sebagai persiapan awal sebelum pelayaran pulang.

Kapal EX-USCG Cutter Steadfast yang berukuran 64.14 meter panjang dan 10 meter lebar itu mampu mencapai kelajuan sehingga 18 knot, dan dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan November 2025.

#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Kerajaan Madani
#Maritim Malaysia
#kapal EX-USCG Cutter Steadfast