awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam

Bernama
Bernama
28/01/2025
21:45 MYT
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Mohd Asri berkata proses mendapatkan SPHM sebenarnya mudah dan pemilik premis yang belum memperolehnya atau sijil mereka telah tamat tempoh diseru membuat permohonan baru.
KOTA BHARU: Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata proses mendapatkan SPHM sebenarnya mudah dan pemilik premis yang belum memperolehnya atau sijil mereka telah tamat tempoh diseru membuat permohonan baru.
"Pemilik premis hanya perlu mematuhi syarat, termasuk memenuhi arahan sekiranya diminta mengubah suai premis untuk memastikan makanan yang disediakan lebih teratur," katanya kepada pemberita selepas Program Iqomatu Solat Sempena Pelancaran Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Islam Darul Naim di sini pada Selasa.
Beliau berkata pemilik premis yang belum mempunyai sijil atau yang telah tamat tempoh boleh diberikan Lesen Sementara selama setahun bagi membolehkan mereka melakukan pengubahsuaian premis mengikut syarat yang ditetapkan dalam permohonan.
Sementara itu, Mohd Asri berkata tindakan menggantung SPHM pula hanya diambil selepas pemantauan mendapati ketidakpatuhan terhadap syarat yang ditetapkan meskipun pemilik premis telah diberikan amaran untuk pembetulan.
"Tindakan penggantungan dibuat Bahagian Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berdasarkan Manual Pensijilan Halal Malaysia 2020 yang bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya tetapi mengikut pekeliling dan etika dalam manual SPHM," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPHM
#pemilik premis
#permohonan baru
#sijil halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan