awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan hingga esok pagi - Air Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2022
02:40 MYT
47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan hingga esok pagi - Air Selangor
Bekalan air mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil dijalankan mengikut jadual ditetapkan pada jam 9 pagi Selasa.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook memaklumkan pelaksanaan kerja penambahbaikan sistem bekalan air itu dijangka siap pada jam 9 malam Selasa.
Bagaimanapun Air Selangor memberitahu, bekalan air mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Air Selangor memberitahu, lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Jelas Air Selangor, kerja-kerja itu menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 47 kawasan di Wilayah Petaling dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Air Selangor
#Kolam Air Bukit Dengkil
#lori tangki air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan