MALAYSIA

47 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN

Bernama 26/12/2021 | 06:10 MYT
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.

"Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang melibatkan 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

[LAPOR LANGSUNG] Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk

-- BERNAMA
#Banjir 2021 #Ketua Polis Negara #Acryl Sani Abdullah Sani #KPN