awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19

Bernama
Bernama
19/01/2021
16:04 MYT
48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19. - BERNAMA
SIBU:Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19 semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata saringan dijalankan di balai berkenaan pagi semalam.
Menurutnya, anggota JSJ itu didapati positif COVID-19 setelah menjalani proses saringan di Stadium Tertutup Sibu pada 12 Jan lepas.
"Proses sanitasi secara menyeluruh telah dilakukan di bangunan Balai Polis Sentral Sibu termasuk pejabat JSJ Sibu," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.
Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pengawai dan anggotanya untuk lebih berhati-hati ketika melaksanakan tugas bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurufoto polis positif COVID-19
#Balai Polis Sentral Sibu
#Jabatan Siasatan Jenayah
#jsj
#Stanley Jonathan Ringgit
#proses saringan
#Stadium Tertutup Sibu
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan