IPOH: Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sekolah menengah melaporkan kejadian tertinggi iaitu sebanyak 40 wabak jangkitan (83.3 peratus).
Menurutnya lagi, ia disusuli dengan masing-masing satu wabak di sekolah rendah, pra sekolah, pondok pengajian agama, dan pusat latihan perindustrian, serta empat wabak lagi berlaku di lain-lain lokaliti (8.3 peratus).
"Sehingga 21 Julai lalu, sebanyak 44 wabak telah tamat. Manakala, empat wabak jangkitan saluran pernafasan di sekolah menengah masih aktif.
"Bagaimanapun, tiada kematian berkaitan wabak jangkitan saluran pernafasan yang dilaporkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak itu daripada berleluasa.
"Sentiasa amalkan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer; memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam yang tertutup.
"Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala, atau sapu tangan apabila batuk atau bersin, jika bergejala, berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai.
"Jika gejala bertambah teruk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya lagi.
Mohd Akmal berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan terus memantau situasi dan trend kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan di Perak.
Di samping bekerjasama dengan pihak yang berkaitan bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan dijalankan dengan sewajarnya.
Aida Aziz
Sun Jul 24 2022
Menurut Mohd Akmal, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan terus memantau situasi dan trend kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan di Perak. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.
Perak laksana projek rintis Smart Masjid, kawal penggunaan elektrik melalui aplikasi pintar
Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid.
Jambatan baharu rentangi Sungai Perak di Kampung Sawa siap
Jambatan baharu yang dibina di Kampung Sawa, dekat sini, selepas jambatan lama dihanyutkan banjir besar pada 2014, siap sepenuhnya.
Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.
48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak
Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu.
Exco Perak disahkan positif COVID-19
Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria disahkan positif COVID-19.
Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
Kawasan terjejas yang tular baru-baru ini adalah alur air bermusim yang hanya muncul apabila hujan terutama ketika hujan lebat.
Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Isu penjualan air antara Pulau Pinang dan Perak belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat
34,150 pelajar di Perak mula bersekolah 24 Jun ini
Mereka terdiri daripada 28,813 pelajar tingkatan lima dan 3,847 pelajar tingkatan enam atas di samping 1,034 yang akan menduduki peperiksaan SVM dan 456 STAM.