awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

480 silinder oksigen, 48 regulator oksigen berjaya dihantar ke Sabah - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2021
09:09 MYT
480 silinder oksigen, 48 regulator oksigen berjaya dihantar ke Sabah - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan 480 silinder oksigen, 48 regulator oksigen dan stok ubat-ubatan dihantar ke Sabah menggunakan pesawat TUDM. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghantar 480 silinder oksigen, 48 regulator oksigen dan stok ubat-ubatan ke Sabah pada pagi Selasa.
Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin, penghantaran itu berjaya dijalankan atas kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Peralatan perubatan tambahan ini merupakan sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan KKM dalam menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah.
"Terima kasih kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia yang telah membantu menyempurnakan proses penghantaran ini," jelasnya dalam satu entri terbaharu di laman Facebooknya.
Sumber Facebook Khairykj
Tambah Khairy, kejayaan misi itu atas kerjasama Creador Foundation yang menyumbang silinder oksigen dan Yayasan Bursa Malaysia yang menyumbang pemekat oksigen.
"Penerbangan misi bantuan ini adalah dengan menggunakan pesawat TUDM.
"Di samping itu, tajaan logistik silinder oksigen kepada hospital-hospital di Sabah adalah melalui Sabah Oxygen Sdn Bhd serta pihak Layang-layang Aerospace Sdn Bhd Sdn Bhd dan Raya Airways yang membantu dalam menaja penggunaan ‘forklift’," katanya lagi.
Vaksin COVID-19 | Penduduk tiada warganegara juga diberi suntikan
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Bursa Malaysia
#COVID-19
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#Malaysia
#penerbangan
#pesawat
#Sabah
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan