awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM

Bernama
Bernama
12/02/2025
21:30 MYT
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Rusmini bercakap pada sidang media selepas Peluncuran Program Anak Kita: SPM 2025 peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan Raja Muda Perlis di Kangar semalam. -- fotoBERNAMA
KANGAR: Sejumlah 48,000 daripada 122,062 murid Tahun Satu di negara ini yang dikenal pasti tidak boleh membaca kini berupaya membaca hasil Program Intervensi Kurikulum Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilaksanakan Mac tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Rusmini Ku Ahmad berkata menerusi program itu, guru-guru di sekolah membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca atas pelbagai faktor itu sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peluncuran Program Anak Kita: SPM 2025 peringkat negeri Perlis yang disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini semalam.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan hadir sama Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis peluncuran itu, Rusmini berkata Program Anak Kita adalah manifestasi komitmen kerajaan dalam mendukung pendidikan inklusif yang memberikan peluang saksama kepada semua murid termasuk mereka yang memerlukan sokongan tambahan.
"KPM juga telah melaksanakan transformasi pendidikan sebagai laluan ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama, inklusif, relevan dan berdaya saing. Anjakan paradigma kaedah pengajaran berasaskan teknologi maklumat dalam program ini berupaya menarik minat murid untuk meneroka ilmu dengan lebih mendalam," katanya.
Beliau berkata KPM amat memberikan perhatian kepada pelaksanaan pendidikan untuk semua dengan membangunkan pelbagai dasar dan garis panduan bermatlamat merapatkan jurang bagi mengelakkan keciciran pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program intervensi
#membaca
#murid Tahun Satu
#Kementerian Pendidikan
#Rusmini Ku Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan