awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari

Bernama
Bernama
26/06/2024
10:18 MYT
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Modus operandi jenayah siber kini lebih canggih dengan menggunakan teknologi. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Sebanyak 489 kes jenayah komersial melibatkan kerugian hampir RM16 juta direkodkan di daerah ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata penipuan merekodkan kes tertinggi melibatkan kerugian bernilai RM15.3 juta diikuti pecah amanah RM467,524, jenayah siber (RM9,301.76) dan wang palsu (RM3,153).
Beliau berkata sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
"Daripada data diperoleh, terdapat penurunan contohnya bagi kes pecah amanah dan salah guna harta namun kes pelaburan tidak wujud masih melibatkan kerugian jutaan ringgit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kesedaran awam tentang risiko pelaburan tidak wujud perlu ditingkatkan terutama dalam kalangan pekerja swasta, penjawat awam dan individu korporat yang menjadi sasaran sindiket penipuan.
Mohamad Hatta berkata modus operandi jenayah siber kini lebih canggih dengan menggunakan teknologi.
"Berdasarkan maklumat terbaharu, scammer (sindiket penipuan) ini menghantar kod jemputan menerusi media sosial, apabila pengguna membuka pautan itu, secara tidak sedar mereka (sindiket) menggodam aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#Seremban
#polis
#pecah amanah
#jenayah siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan