awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Korea Selatan belum pasti capai perjanjian perdagangan dengan AS sebelum 8 Julai
DUNIA
Solusi Dua Negara: Palestin tidak akan serahkan hak, Israel tidak mahu lepaskan tanah dijajah - Penganalisis
SUKAN
Isu penagihan dadah jenis ATS dalam perhatian Kabinet - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

5,121 polis bertugas sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 8-11 Julai

Bernama
Bernama
03/07/2025
05:25 MYT
5,121 polis bertugas sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 8-11 Julai
Bagi memastikan kelancaran, beberapa siri latihan serta simulasi keselamatan dijalankan bagi mengukuhkan koordinasi dalaman dan antara agensi kerajaan terlibat. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan 5,121 anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini.

Ringkasan AI
  • 5,121 Anggota PDRM Dikerah: Polis Diraja Malaysia menugaskan lebih 5,000 anggota untuk memastikan keselamatan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 di KLCC dari 8 hingga 11 Julai.
  • Langkah Keselamatan Menyeluruh: Fokus utama termasuk keselamatan VIP, kawalan trafik, dan penggunaan teknologi seperti pengecaman wajah serta pengesanan bahan letupan.
  • Kawalan Meluas & Latihan Khas: Kawalan turut meliputi KLIA, Subang, hotel delegasi dan zon larangan; latihan simulasi dijalankan bagi memastikan kesiapsiagaan maksimum.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata PDRM telah merangka pelan keselamatan terperinci serta akan melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan mesyuarat berjalan dengan aman dan teratur.
"PDRM telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kesiapsiagaan tinggi menjelang mesyuarat ini dan fokus utama tertumpu kepada keselamatan orang kenamaan (VIP), kawalan lalu lintas serta pengendalian situasi kecemasan.
"Pasukan ini akan menggunakan teknologi canggih seperti sistem pengecaman wajah dan pengesanan bahan letupan untuk memastikan acara berjalan lancar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Azmi berkata PDRM menggabungkan kekuatan pelbagai jabatan dan unit termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jabatan Pengurusan, Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Tindakhas (UTK), 69 Komando dan Cawangan Khas.
Beliau berkata selain lokasi utama mesyuarat, kawalan keselamatan turut diperluas ke kawasan penting lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.
"Kawalan keselamatan turut akan dilaksanakan di lokasi penginapan delegasi dan zon tertentu di sekitar kawasan ketibaan delegasi yang akan diwartakan sebagai kawasan larangan atau separa larangan dengan akses terhad diberikan kepada individu tertentu sahaja," katanya.
Beliau berkata bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar, beberapa siri latihan serta simulasi keselamatan dijalankan bagi mengukuhkan koordinasi dalaman dan antara agensi kerajaan terlibat.
Latihan dan simulasi keselamatan itu antaranya melibatkan latihan pergerakan konvoi serta pengujian sistem keselamatan seperti mesin pengimbas dan e-gate di lokasi persidangan serta hotel penginapan delegasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#kelancaran dan keselamatan penganjuran
#Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
#Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami