awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 lagi hilang berhampiran lokasi bot bawa 10 pemancing karam

Afiezul Samit
Afiezul Samit
03/10/2021
16:40 MYT
5 lagi hilang berhampiran lokasi bot bawa 10 pemancing karam
Bot tersebut dipercayai membawa lima mangsa dipercayai pemancing. - Gambar fail
KUCHING: Sebuah lagi bot dipercayai membawa lima orang dikhuatiri hilang pada petang Ahad tidak jauh dari lokasi bot membawa 10 pemancing yang karam di perairan Pulau Satang dekat sini, pada Sabtu.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, pihaknya percaya bot berkenaan turut membawa pemancing.
"Pada jam 5 petang tadi, pasukan carilamat telah menemui satu boya berwarna oren dipercayai milik bot berkenaan. Ia ditemui pada jarak 34.5 batu nautika dari Muara Sungai Santubong.
"Sehubungan itu, satu operasi carilamat telah diaktifkan. Operasi bagaimanapun ditangguhkan pada jam 7 malam kerana jarak penglihatan yang terhad dan akan disambung semula pada jam 7 esok," katanya kepada Astro AWANI.
Identiti mangsa katanya, masih belum diperoleh.
BACA: Bot karam: 9 pemancing ditemukan selamat, SAR pembantu tekong diteruskan pagi ini
Pada Sabtu, sebuah bot yang membawa 10 pemancing karam berhampiran Pulau Satang.
Sembilan daripada mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh bot nelayan manakala seorang lagi mangsa masih hilang.
Identiti mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Awang Omar Awang Hamsawi, yang juga pembantu tekong bot.
Topic Berkaitan
#bot karam
#pemancing hilang
#Pulau Satang
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan