awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 lokaliti di Pekan, Pahang dikenakan PKPD - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/04/2021
10:41 MYT
5 lokaliti di Pekan, Pahang dikenakan PKPD - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD di lima lokaliti itu bagi memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di daerah Pekan, Pahang berkuat kuasa esok sehingga 22 April ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang terbabit ialah Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.
Katanya, semua kawasan itu dikenakan PKPD berikutan penularan kes membabitkan Kluster Teknologi Peramu Jaya yang terdiri daripada pekerja kilang.
Beliau memaklumkan sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu 67 kes positif COVID-19 direkodkan dalam kluster ini.
"KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju PKPD bermula 9 April sehingga 22 April ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD di lima lokaliti itu adalah bagi memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar.
Topic Berkaitan
#PKPD
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#Pekan
#Pahang
#pekerja kilang
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan