5 maut dalam kebakaran di rumah penjagaan di Ukraine

Bernama
November 17, 2021 04:02 MYT
Siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada litar pintas, dan mangsa meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida. - Gambar hiasan
KIEV: Lima maut dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan swasta di bandar Dnipro di tengah Ukraine, kata Polis Negara dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, selepas kebakaran, lima wanita berusia antara 75 hingga 89 tahun ditemui mati di dalam bilik mereka.
Siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada litar pintas, dan mangsa meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida.
Polis memulakan prosiding jenayah terhadap kejadian itu dan menahan pengurus rumah jagaan berkenaan.
Pada Januari tahun ini, 15 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah rumah penjagaan swasta di bandar Kharkiv, timur Ukraine.
-- BERNAMA
#kebakaran #pusat jagaan #maut #wanita