5 percanggahan utama tindakan pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB

Rizal Zulkapli
April 7, 2016 10:29 MYT
Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah. - Foto BERNAMA
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB menjelaskan secara terperinci, 19 tindakan pengurusan yang bercanggah dengan arahan dan makluman kepada Lembaga Pengarah.
Pegurusan 1MDB yang ketika itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi juga beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah.
MESTI BACA: Di mana silapnya? 5 persoalan utama tentang 1MDB dijawab
Ini adalah senarai 5 percanggahan tindakan pengurusan dan arahan 1MDB.
Sementara itu, Lembaga Pengarah 1MDB secara kolektif telah memutuskan untuk menawarkan perletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan, berikutan hasil Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
MESTI BACA: Ahli lembaga pengarah 1MDB: Siapa mereka?
Lembaga pengarah itu berkata ia telah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa Laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran dakwaan-dakwaan palsu ke atas syarikat.
#1MDB #PAC