MALAYSIA
5 perkara warga Malaysia perlu tahu tentang pencabulan kanak-kanak
Dalam kebanyakan kes, mereka yang secara seksual menyalahgunakan kanak-kanak adalah orang yang kita kenal. - Gambar hiasan
ADALAH menyedihkan apabila kita warga Malaysia terpaksa berhadapan dengan hakikat berlakunya pencabulan seksual di kalangan anak-anak kita, subjek yang sebelum ini jarang dibincangkan oleh masyarakat dan pihak berkuasa secara terbuka, sehinggalah ia berubah baru-baru ini.
Pada hakikatnya sikap masyarakat beransur berubah, topik itu kini lebih terbuka untuk dibincangkan.
Berikut adalah beberapa fakta yang ingin kami kongsikan berhubung pencabulan seksual kanak-kanak:
1. Apa itu penderaan seksual kanak-kanak?
Apa-apa aktiviti seksual yang dilakukan dengan kanak-kanak dianggap sebagai satu penderaan seksual kanak. Penderaan seksual kanak-kanak termasuk perbuatan menyentuh dan tidak menyentuh.
Pada hakikatnya sikap masyarakat beransur berubah, topik itu kini lebih terbuka untuk dibincangkan.
Berikut adalah beberapa fakta yang ingin kami kongsikan berhubung pencabulan seksual kanak-kanak:
1. Apa itu penderaan seksual kanak-kanak?
Apa-apa aktiviti seksual yang dilakukan dengan kanak-kanak dianggap sebagai satu penderaan seksual kanak. Penderaan seksual kanak-kanak termasuk perbuatan menyentuh dan tidak menyentuh.
2. Siapa dalang yang tergamak melakukan penderaan seksual kanak-kanak?
- Dalam kebanyakan kes, orang-orang yang secara seksual menyalahgunakan kanak-kanak adalah orang-orang yang kita kenal dan juga boleh menjadi orang yang kita hormati.
- Mereka mungkin adalah bapa, ibu, bapa tiri, datuk, nenek, dan ahli-ahli keluarga yang lain: atau mereka adalah jiran, pengasuh, guru, jurulatih atau sesiapa sahaja yang rapat dengan anak-anak kita.
3. Tanda-tanda kemungkinan berlaku penderaan seksual
- Mengalami mimpi buruk, masalah tidur, kebimbangan melampau tanpa penjelasan yang jelas.
- Perubahan personaliti secara tiba-tiba atau yang tidak dapat dijelaskan dan menjadi semakin berahsia.
- Kanak-kanak lebih tua berkelakuan seperti kanak-kanak yang lebih muda (contohnya, kencing malam atau menghisap ibu jari)
- Berasa takut dengan tempat-tempat tertentu atau mengelak untuk bersendirian dengan orang dewasa atau orang muda atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
- Menunjukkan penentangan terhadap rutin mandi, tandas atau menanggalkan pakaian walaupun dalam keadaan yang sesuai.
- Sakit perut atau penyakit sering datang tanpa sebab yang tidak diketahui
- Meninggalkan petunjuk yang boleh mencetuskan perbincangan mengenai isu-isu seksual.
- Menggunakan perkataan-perkataan baharu untuk bahagian-bahagian sulit badan.
- Melakukan aktiviti seksual dewasa melalui mainan, objek atau dengan kanak-kanak lain.
- Dengan sengaja membahayakan dirinya.
- Terdapat gejala kesakitan fizikal yang tidak dapat dijelaskan, sakit atau lebam sekitar kemaluan atau mulut, penyakit kelamin atau mengandung.
4. Kaedah Pencegahan
- Setiap orang perlu bersuara! Perbualan terbuka mengenai penderaan seksual adalah permulaan untuk menjaga anak-anak dengan selamat.
- Bercakap secara terbuka dengan anak-anak supaya mereka berasa selamat untuk bercakap dengan anda jika seseorang menghampiri mereka secara seksual.
- Mengakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mengatakan TIDAK jika mereka tidak mahu disentuh. Adalah penting untuk kanak-kanak untuk memiliki tubuh mereka.
- Itu termasuk sama ada mereka mahu atau tidak bersalam/memberi ciuman atau pelukan dengan saudara-mara dan rakan-rakan lain.
- Menjadi pendengar yang tenang dan galakkan anak anda untuk berkongsi rahsia mereka.
- Buat pelan keselamatan untuk kanak-kanak dan keluarga.
5. Apa yang perlu dilakukan jika mengesyaki berlaku salah laku seksual
- Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bercakap dengan anak anda dengan tenang, dan mendengar tanpa menghukum.
- Jika anak anda tidak dapat berterus terang, pertimbangkan untuk mengambil seorang ahli psikologi kanak-kanak yang boleh membantu dengan terapi permainan untuk mengetahui apa yang mengganggu anak anda.
- Jika kes penderaan disahkan berlaku, hubungi organisasi yang boleh membimbing anda melalui proses melaporkan dan terapi.