MALAYSIA
5 soalan paling ramai orang tanya tentang BUDI95
BUDI95 ialah inisiatif kerajaan untuk pastikan subsidi petrol RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia. - Gambar hiasan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin mengumumkan semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik untuk membeli RON95 pada harga RM1.99, sehingga 300 liter sebulan, bermula 30 September.
Berikut adalah lima soalan yang paling kerap ditanya orang ramai berkenaan BUDI95, dan jawapannya berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.
1.Apa itu BUDI MADANI RON95 (BUDI95)?
2.Apakah perbezaan sistem baharu BUDI95 dengan sistem sedia ada?
3.Apakah manfaat utama BUDI95 kepada rakyat?
5.Bagaimana BUDI95 menyokong ekonomi negara?
Berikut adalah lima soalan yang paling kerap ditanya orang ramai berkenaan BUDI95, dan jawapannya berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.
1.Apa itu BUDI MADANI RON95 (BUDI95)?
- BUDI95 ialah inisiatif kerajaan untuk pastikan subsidi petrol RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia. Harga tanpa subsidi dianggarkan RM2.60 seliter, tetapi rakyat Malaysia kekal bayar harga bersubsidi RM1.99 seliter dengan MyKad. Penjimatan hasil kawalan ketirisan digunakan semula untuk program rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
2.Apakah perbezaan sistem baharu BUDI95 dengan sistem sedia ada?
- Sistem lama: Subsidi pukal, semua orang termasuk bukan warganegara dan syarikat dapat harga sama (RM2.05 seliter).
- Sistem baharu BUDI95: Subsidi bersasar, rakyat Malaysia bayar harga subsidi RM1.99 seliter guna MyKad, bukan warganegara bayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.
- Bezanya juga rakyat perlu sahkan MyKad di pam minyak, dan ada had 300 liter sebulan untuk harga subsidi.
3.Apakah manfaat utama BUDI95 kepada rakyat?
- BUDI95 pastikan hanya rakyat Malaysia terima subsidi RON95, bukan penyeludup atau warga asing. Rakyat kekal nikmati harga petrol lebih murah.
- Penjimatan daripada BUDI95 diagih semula kepada rakyat melalui bantuan seperti STR dan SARA.
- Pelaksanaan BUDI95 penting kerana ia kurangkan ketirisan subsidi dan pastikan hasil negara digunakan untuk rakyat. Dengan jimat berbilion ringgit, kewangan negara jadi lebih kukuh dan mampan. Penjimatan ini juga beri ruang kepada kerajaan untuk perkuat ekonomi negara ketika berdepan cabaran global.
5.Bagaimana BUDI95 menyokong ekonomi negara?
- BUDI95 sokong ekonomi negara dengan kurangkan ketirisan dan hentikan penyeludupan petrol ke negara jiran. Penjimatan hasil boleh disalurkan semula kepada rakyat melalui STR, SARA serta sektor penting seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
- Langkah ini juga bantu kawal inflasi contohnya selepas subsidi diesel disasar pada 2024, kadar inflasi kekal rendah 1.8%. Ini penting untuk capai aspirasi Ekonomi MADANI yang naikkan potensi pertumbuhan dan taraf hidup rakyat tanpa menekan kuasa beli.
