NATIONAL
5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajian percuma pelajar Mara buat Master, PhD

Asyraf ketika mengadakan perundingan dengan Presiden-Presiden Universiti-Universiti terkemuka Korea Selatan. - Gambar/ FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR: Lima universiti terkemuka Korea Selatan bersetuju menawarkan 50 tempat pengajian percuma kepada pelajar Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dengan jumlah tajaan dianggarkan bernilai RM3 juta.
Ringkasan AI
- Lima universiti terkemuka Korea Selatan bersetuju menawarkan 50 tempat pengajian percuma kepada pelajar Mara untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan PhD, dengan jumlah tajaan bernilai RM3 juta.
- Universiti-universiti tersebut juga bersetuju menjalin kerjasama strategik dengan beberapa institusi pengajian tinggi Mara seperti UniKL dan UPTM, termasuk pelaksanaan penyelidikan bersama dalam bidang semikonduktor, AI, IoT, robotik, dan tenaga boleh diperbaharui.
- Mara mendapat persetujuan untuk penempatan pelajar TVET di syarikat gergasi Korea Selatan seperti Hyundai dan Samsung, serta pelajar IPMa boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama melalui kaedah pindahan kredit setelah selesai tiga tahun diploma di IKM, KKTM, dan UniKL.
Beliau berkata kelima-lima universiti berkenaan turut bersetuju menjalin kerjasama strategik dengan beberapa institusi pengajian tinggi Mara, antaranya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Mara (UPTM).
Kerjasama itu merangkumi pelaksanaan penyelidikan bersama dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), teknologi internet kebendaan (IoT), robotik dan tenaga boleh diperbaharui, dengan memanfaatkan fasiliti serta makmal berteknologi tinggi di Hanyang University dan Seoul-Tech University.
Dalam pada itu, Mara turut mendapat persetujuan bagi penempatan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di institusi di bawah Institusi Pendidikan Mara (IPMa) seperti Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) untuk menjalani latihan industri di syarikat gergasi Korea Selatan seperti Hyundai dan Samsung.
"Pelajar-pelajar Mara di IPMa juga boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama dengan hanya menghabiskan dua tahun melalui kaedah pindahan kredit setelah selesai tiga tahun diploma di IKM, KKTM dan UniKL dalam bidang-bidang kejuruteraan, elektrik, elektronik, sains komputer, AI dan IoT," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami