Seramai 50 penduduk terjatuh ke dalam laut ketika menghadiri program Tautan Kembali selepas kawasan tempat mereka berdiri di perkarangan sebuah rumah di atas air, roboh dalam kejadian di Kampung Bangau-Bangau di sini, petang ini.
Wartawan Bernama menyaksikan sebahagian kecil penduduk kampung jatuh ke laut selepas sebahagian kawasan tempat berlangsungnya program Tautan Kembali itu roboh secara tiba-tiba, sehingga mengejutkan orang ramai yang hadir termasuk Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban yang ketika itu sedang berucap.
Dalam kejadian 2.50 petang itu, seorang wanita cedera di kepala, dan mangsa lain termasuk beberapa kanak-kanak kecil serta ibu mengandung yang turut terjatuh, terselamat.
Sebelum kejadian itu, lebih 1,000 penduduk Kampung Bangau-Bangau yang menghadiri majlis tersebut sedang mendengar ucapan Ramlee mengenai UMNO.
Susulan kejadian itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan antara RM20,000 dan RM30,000 untuk membaiki kawasan perkarangan yang roboh tersebut dalam tempoh seminggu.
"Kami tidak menjangkakan begitu ramai penduduk yang hadir pada program petang ini dan sehingga berlaku kemalangan ini.
"Syukur tidak ada yang melibatkan kemalangan jiwa, saya juga terkejut dengan insiden yang berlaku ini," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu kepada pemberita selepas menyempurnakan program tersebut di sini, hari ini.
Program Tautan Kembali itu turut menjadi serampang dua mata selepas menyaksikan 29 kelompok iaitu membabitkan 1,020 anggota Parti Warisan Sabah keluar parti dengan Bibi Salangani mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ramlee untuk menyertai UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017
Seramai 50 penduduk terjatuh ke laut selepas perkarangan sebuah rumah roboh pada satu program Tautan Kembali di Kampung Bangau-Bangau di sini. - Gambar hiasan.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
50 penduduk jatuh laut selepas perkarangan rumah roboh
Seramai 50 penduduk terjatuh ke dalam laut selepas kawasan tempat mereka berdiri di perkarangan sebuah rumah di atas air, roboh dalam kejadian di Kampung Bangau-Bangau di sini.