awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 rumah di Kampung Simunul musnah dalam kebakaran

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
03/10/2015
15:43 MYT
50 rumah di Kampung Simunul musnah dalam kebakaran
Sejumlah 50 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, pada Sabtu. -Gambar Astro AWANI / Ridzal Abdullah
Sejumlah 50 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, pada Sabtu.
18 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.44 malam.
Menurut Ketua Balai Bomba Semporna, Fazizul Hizam Borhan, ketika sampai di kampung terbabit, bomba berdepan kesukaran kerana api sedang marak dan laluan antara rumah terlalu sempit.
Usaha mengawal api turut dibantu satu jentera dan lima anggota dari Balai Bomba Tawau, serta enam anggota dari Balai Bomba Kunak.
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10 malam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.
Kampung Simunul adalah lokasi enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap Pengganas Sulu pada 2 Mac 2013.
Topic Berkaitan
#bomba
#Fazizul Hizam Borhan
#Kampung Simunul
#rumah atas air
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan