MALAYSIA
50 Tahun Napalm Girl: Nick Ut, kamera dan kuasa sekeping gambar
Ut turut berkongsi pengalamannya menjadi sahabat rapat dengan gadis Napalm Girl iaitu Phan Thị Kim Phúc yang kini menetap Kanada. - Gambar agensi.
KUALA LUMPUR: Sejarah membuktikan perang hanya dapat dihentikan seandainya sebelah pihak kalah atau berlaku rundingan damai antara kedua-dua pihak.
Namun kadangkala dengan kuasa media, medium seperti penulisan dan gambar juga dapat memberi tekanan agar peperangan yang melanda dapat dihentikan bagi memberi ruang kepada orang awam yang terlibat bernafas dengan tenang.
Sempena Hari Fotografi Sedunia pada 19 Ogos, Astro AWANI berpeluang menemu bual bekas Jurugambar Associated Press, Nick Ut yang telah merakamkan toto ikonik The Terror of War atau Napalm Girl semasa perang Vietnam pada era 70-an.
Foto yang memaparkan seorang anak gadis berlari dari serangan bom napalm tanpa seutas benang di Trang Bang menggemparkan dunia, malah melayakkan Ut memenangi anugerah Pulitzer pada 1973 kategori Foto Spot.
Namun baru-baru ini wujud dakwaan bahawa foto tersebut tidak dirakam oleh Ut sebaliknya milik seorang jurugambar sambilan di Vietnam, dunia sekali lagi berbicara tentang hal ini.
Ut ketika wawancara berkata beliau tidak gentar dengan dakwaan tersebut sebaliknya mempersoal mengapa perkara sebegini hanya timbul selepas 50 tahun.
“Saya tak risau sangat sebab saya tahu gambar saya, orang tanya saya kenapa saya perlu risau? Syarikat (AP) saya sudah jawab semua soalan.
“Saya tak risau sebab saya buat kerja saya, semua orang tahu gambar tu. Kenapa nak ungkit lagi 50 tahun kemudian? Kenapa dari awal tak cakap apa-apa? Nak tunggu 50 tahun?” soalnya.
Ut turut berkongsi pengalamannya menjadi sahabat rapat dengan gadis Napalm Girl iaitu Phan Thị Kim Phúc yang kini menetap Kanada.
Menurutnya, sejurus selepas gambar itu ditangkap, beliau lekas menyelamatkan gadis berumur sembilan tahun itu dan membawanya ke hospital.
“Saya sangat gembira sebab saya selamatkan nyawa dia hari itu, saya bawa dia ke hospital, saya tak mahu dia mati, kerana itu kami seperti sebuah keluarga.
“Lebih 50 tahun, saya perihatin tentang dia, saya tinggal di Los Angeles, dia di Kanada, saya sanggup naik kapal terbang berjumpa dia,” katanya semasa ditemui baru-baru ini.
Ut hadir atas jemputan Leica Store Malaysia untuk forum From Hell to Hollywood – A Conversation with Nick Ut.
Beliau turut menzahirkan kekecewaan apabila ketika gambarnya dikenangan sebagai ‘imej mengubah dunia’ namun peperangan masih berlaku malah memakan korban yang lebih besar.
“Semua orang fikir gambar itu mengubah dunia, saya bertemu ramai orang mereka kata ‘oh gambar itu mengubah dunia’, tapi perang belum terhenti, masih berlaku dan saya risau,” katanya.
Ut yang pernah ditembak sebanyak tiga kali akibat peluru sesat juga khuatir tentang masa depan era fotojurnalisme apabila kemajuan teknologi menjadikan kerjaya tersebut mudah di mata orang awam.
“Zaman saya dulu, dunia wartawan sangat kuat, tapi hari ini tak sama, hari ini semua orang ada telefon pintar, Facebook, Instagram, tiada siapa baca akhbar lagi.
“Kalau hendak jadi jurufoto, lupakanlah, bukan senang hari ini. Tengok akhbar seluruh dunia, mereka potong jawatan jurufoto, ramai kawan saya tiada kerja,” katanya.
Tambah beliau lagi, upah atau gaji ke atas jurufoto tidak setimpal dengan cabaran yang mereka lalui terutama di zon konflik.
“Saya cakap pada jurugambar muda, awak jangan pergi perang, ratusan orang sudah mati. Berapa bayaran untuk sekeping gambar? 100 USD? Kenapa hendak mati kerana 100 USD?
“Ramai orang muda teruja, ‘owh saya nak jadi jurufoto perang’, tapi awak seolah-olah menempah maut,” katanya.
Menurut Ut, untuk menjadi jurugambar yang bagus tidak perlu berada di zon konflik sahaja, tetapi naluri dan deria untuk mencari bahan berita merupakan hal yang mustahak.
“Tak perlu pergi perang, awak cari sahaja sesuatu, kerana itu saya pesan kepada jurugambar muda hari ini, buka mata, terus berjalan ambil gambar, bila nampak berita di televisyen, pergi sendiri rakam gambar kejadian itu.
“Saya tak pernah hubungi pejabat, saya tengok berita tempatan setiap pagi, saya nampak tembakan, kebakaran, saya terus pergi sendiri,” katanya.