awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,087 penjawat awam Melaka terima bantuan kewangan Aidilfitri - Sulaiman

Bernama
Bernama
05/04/2022
14:18 MYT
5,087 penjawat awam Melaka terima bantuan kewangan Aidilfitri - Sulaiman
Sulaiman berkata bantuan kewangan itu telah diputuskan dalam Bajet Melaka 2022 yang dibentangkan pada Disember tahun lepas. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Sebanyak 5,087 penjawat awam negeri Melaka, bakal mendapat bantuan kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada Mei depan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata bantuan kewangan itu telah diputuskan dalam Bajet Melaka 2022 yang dibentangkan pada Disember tahun lepas.
"Sebelum ini saya telah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 dan ia dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Januari lepas dan April ini, bayaran tersebut adalah bantuan untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan dibayar bersama gaji," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 1443 Hijrah Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di sini hari ini.
Sebanyak 320 penduduk dalam kalangan asnaf, miskin dan warga emas di DUN berkenaan menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan serta kuih raya.
Dalam perkembangan lain, Sulaiman berkata imam dari luar Melaka yang dijemput untuk mengimamkan solat tarawih di masjid atau surau di negeri itu dalam tempoh yang lama perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Beliau berkata ia bagi memastikan latar belakang dan fahaman imam jemputan berkenaan selari dengan ajaran Islam yang dipraktikkan di negeri itu.
"Ia satu kemestian bagi imam jemputan dari luar Melaka mendapatkan kelulusan daripada MAIM bagi mengekang segala aspek negatif yang mungkin berlaku.
"Syarat ini melibatkan imam jemputan yang dijemput mengimamkan solat tarawih dalam tempoh yang lama, 29 atau 30 hari tetapi jika imam jemputan berkenaan menjadi tetamu untuk satu malam sahaja dan balik hari, ia tidak menjadi masalah," katanya.
Katanya bagi imam dari luar daerah atau kariah pula tidak perlu mendapatkan kelulusan daripada MAIM dan perkara itu telah diputuskan sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Bantuan kewangan Aidilfitri
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan