awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

51 anggota pelbagai agensi terlibat SAR lelaki jatuh di Linkedua

Bernama
Bernama
29/12/2025
22:15 MYT
51 anggota pelbagai agensi terlibat SAR lelaki jatuh di Linkedua
Operasi SAR dimulakan pada Ahad dan diteruskan pada Isnin dengan usaha mengesan mangsa berusia 33 tahun yang terjatuh ke dalam laut di Linkedua itu menggunakan bot. - Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 51 anggota pelbagai agensi digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki tempatan yang dipercayai jatuh ke dalam laut dari Kilometer 1.3 Jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Mohd Azlan Abdul Kadir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 8.20 malam daripada Balai Polis Kompleks Sultan Abu Bakar.
"Operasi SAR telah dimulakan semalam dan diteruskan hari ini dengan usaha mengesan mangsa berusia 33 tahun itu menggunakan bot," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Operasi membabitkan Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-511 3622 atau 07-511 4486.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LINKEDUA
#lelaki jatuh dalam laut
#operasi mencari dan menyelamat
#Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan