awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

517,144 syarikat mendaftar di bawah CIMS 3.0 setakat tengah hari ini - MITI

Bernama
Bernama
01/06/2021
08:28 MYT
517,144 syarikat mendaftar di bawah CIMS 3.0 setakat tengah hari ini - MITI
95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat 12 tengah hari ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.
"Setakat ini, berdasarkan kepada kapasiti tenaga kerja yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan dibenarkan untuk bekerja di premis. Ia merupakan pengurangan 2.0 juta tenaga kerja daripada 3.2 juta tenaga kerja bagi syarikat yang diluluskan.
"Bagi syarikat di bawah sektor yang diluluskan yang tidak mendaftar dengan CIMS 3.0 sebelum PKP terbaharu ini, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian sekiranya mereka ingin beroperasi semasa PKP ini," katanya.
MITI berkata ia telah mula memproses permohonan daripada syarikat di bawah sektor diluluskan bermula pukul 1 petang semalam.
"Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI menerusi CIMS 3.0 perlu mempunyai kod QR. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan mengesahkan ketulenan surat kelulusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lockdown
#SOP
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#PKP
#MITI
#total lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan