Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

52,010 komuniti telah dilatih kesiapsiagaan bencana setakat November – TKP NADMA

Irfan Faruqi 19/11/2025 | 11:16 MYT
Bendera merah dinaikkan sebagai amaran kepada pengunjung agar tidak melakukan aktiviti mandi laut ekoran cuaca buruk dan ombak kuat ketika tinjauan di Pantai Cahaya Bulan. - foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: 52,010 komuniti telah dilatih oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk bersiapsiaga dalam menghadapi bencana di seluruh negara.


Ringkasan AI
  • NADMA telah melatih 52,010 komuniti di seluruh negara untuk bersedia menghadapi bencana melalui modul Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM).
  • Latihan tersebut melibatkan 30,000 orang awam, 8,200 belia, 7,400 NGO, 4,100 ketua komuniti, dan 2,310 komuniti luar bandar, dilaksanakan bersama rakan strategik sebelum 10 November 2025.
  • Hussain Moh dari NADMA menekankan pentingnya latihan ini kerana orang awam merupakan kumpulan pertama yang bertindak dalam keadaan bencana, di samping penjelasan tentang bermulanya Monsun Timur Laut yang memberi impak awal kepada Kelantan, Terengganu, dan Pahang.


Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Hussain Moh berkata, modul Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dijadikan sumber khusus bagi tujuan latihan berkenaan.

“Kita ada modul Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) yang mana kita ada modul bersesuaian untuk dilaksanakan dalam komuniti, supaya mereka tahu tindakan yang perlu diambil...

“Sehingga 10 November 2025, NADMA bersama rakan-rakan strategik telah laksanakan latihan kepada 52,010 komuniti di kawasan-kawasan berisiko bencana. Kita telah adakan latihan melibatkan 30,000 orang awam, 8,200 belia, 7,400 badan bukan kerajaan (NGO), 4,100 ketua komuniti dan 2,310 komuniti luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.



Tambah Hussain, latihan itu penting memandangkan orang awam merupakan kumpulan bertindak pertama dalam situasi bencana.

Pada Jumaat lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) telah bermula sejak 13 November dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal diramal mengalami hujan lebat berterusan.

Tambah kenyataan itu, monsun yang bergerak dari utara ke selatan itu lazimnya memberikan kesan awal kepada tiga negeri berkenaan bermula November hingga Disember, sebelum menjangkaui Pahang dan Johor pada fasa seterusnya.
#NADMA #monsun timur laut #MetMalaysia #Agenda Awani