awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui

Bernama
Bernama
13/12/2022
09:37 MYT
53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Ismail berkata agensi itu tidak akan melanjutkan tempoh pembaharuan lesen perniagaan sebaik tempohnya tamat, seperti yang dilaksanakan tahun-tahun sebelum ini. - Foto BERNAMA
LABUAN: Sekurang-kurangnya 53 peratus daripada lebih 12,000 lesen perniagaan di sini masih belum diperbaharu, menjelang tarikh akhir 31 Dis ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Ismail berkata agensi itu tidak akan melanjutkan tempoh pembaharuan lesen perniagaan sebaik tempohnya tamat, seperti yang dilaksanakan tahun-tahun sebelum ini.
Beliau berkata kompaun sebanyak RM100 akan dikenakan sekiranya pemilik lesen gagal berbuat demikian selepas 31 Dis 2022.
"Kami telah memberikan masa yang mencukupi kepada lebih 12,000 pemegang lesen untuk memperbaharu lesen perniagaan mereka dan peringatan sudah dikeluarkan sejak November," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra ke premis perniagaan di sekitar Labuan di sini hari ini.
Rithuan berkata dalam pada itu, PL akan terus menambah baik proses permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan.
"Proses pembaharuan (jika semua dokumen lengkap) boleh dibuat dalam masa satu atau dua jam, bergantung kepada jumlah permohonan," katanya.
"Kita mesti bersama-sama menunjukkan imej Labuan yang baik kepada pelanggan dan pengunjung," katanya dan menambah PL juga akan proaktif untuk memudahkan urusan perniagaan di pulau bebas cukai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#lesen perniagaan
#Perbadanan Labuan
#Rithuan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan