53 premis di Sungai Lembing musnah kebakaran

Bernama
Ogos 31, 2019 00:11 MYT
Sebanyak 53 buah premis di Sungai Lembing di sini, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi. -Bernama
Sebanyak 53 buah premis di Sungai Lembing di sini, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 33 buah rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan.
"Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.20 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.55 pagi.
"Buat masa ini, pihak kami sedang membuat pemeriksaan menyeluruh kerana difahamkan terdapat sepasang suami isteri yang tidak ditemui dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nor Hisham berkata lima jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, terdiri daripada dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng.
-- BERNAMA
#53 premis musnah terbakar #Jabatan Bomba dan Penyelamat #Nor Hisham Mohamad #perpustakaan #rumah kedai dua tingkat #Sungai Lembing