awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

537,996 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham

Bernama
Bernama
29/04/2021
10:11 MYT
537,996 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham
Sebanyak 537,996 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 537,996 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau menerusi akaun Twitter hari ini berkata bagi tempoh sama, sebanyak 871,219 individu telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,409,215 dos.
Menerusi satu infografik yang dikongsikan, Dr Adham berkata lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 116,450 dos, diikuti Kuala Lumpur (89,659), Sarawak (88,921), Johor (76,604) dan Sabah (70,520).
Lima negeri tertinggi yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam pula ialah Selangor dengan 73,608 dos, diikuti Sarawak dengan 55,258, diikuti Perak (51,825), Kuala Lumpur (49,277) dan Sabah (49,264).
Menurut Dr Adham, setakat semalam hanya 38.60 peratus atau 9,365,711 daripada golongan sasaran telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,432,751 pendaftaran.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan.
Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta termasuk warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya, manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 setakat 28 April 2021 ialah 1,409,215 dos. Jumlah yang terima dos pertama ialah 871,219 orang. Daripada jumlah ini, 537,996 orang telah terima dos kedua. (Anggaran awal 500,000 orang divaksinasi pada Fasa 1). Jumlah pendaftaran - 9,365,711 pic.twitter.com/3egJwscKie
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) April 29, 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#dua dos suntikan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan