[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

54 orang masih terjejas banjir di Sabah

Bernama 16/02/2025 | 01:45 MYT
Mereka berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kinabatangan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah kekal 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kinabatangan.
"Trend pemindahan pagi ini kekal dan dua kampung masih terjejas banjir di Kinabatangan," menurut jawatankuasa itu.
-- BERNAMA
#Banjir 2024 #monsun timur laut #Bah Kuning #PPPS