MALAYSIA
55 rakyat Malaysia disyaki "keldai dadah" ditahan di luar negara tahun ini - Bukit Aman
Hussein berkata 50 daripada 55 warganegara Malaysia yang ditahan di luar negara terbabit adalah lelaki manakala bakinya wanita. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 warganegara Malaysia ditahan di luar negara sejak Januari hingga September lepas kerana disyaki terlibat sebagai "keldai dadah".
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata 50 daripadanya adalah lelaki manakala bakinya wanita.
"Mereka ditahan di 16 negara iaitu 10 individu di Indonesia; Singapura (sembilan); Kemboja dan Taiwan masing-masing enam; Thailand (lima); Belgium, Laos dan Macau masing-masing tiga; Hong Kong dan Korea Selatan masing-masing dua serta masing-masing satu di Filipina, Jepun, Jordan, Maghribi, Myanmar dan Norway," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JSJN Bukit Aman memandang serius peningkatan kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan orang awam sebagai "keldai dadah" sepanjang tahun ini.
Hussein berkata hasil pemantauan JSJN mendapati sindiket dadah akan sentiasa mencari mangsa baharu dan sanggup mengeksploitasi sesiapa sahaja tanpa mengira umur pekerjaan atau latar belakang.
Beliau berkata sindiket turut dikesan merekrut mangsa melalui media sosial dan iklan kerja palsu dengan menyasarkan golongan belia, pencari kerja, pelajar serta individu berpendapatan tidak stabil.
Mangsa, katanya dijanjikan upah lumayan antara RM1,000 hingga RM10,000, termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.
"Semua tawaran ini hanyalah umpan bagi memperdayakan mangsa membawa bagasi atau bungkusan yang sebenarnya mengandungi dadah berbahaya," katanya.
Hussein berkata sindiket kini menggunakan pelbagai modus operandi antaranya menyembunyikan dadah dalam bagasi, barangan peribadi, perabot kecil, makanan, peralatan elektronik dan menggunakan perkhidmatan kurier, selain menggunakan kaedah body packing dalam laluan tertentu.
Beliau berkata destinasi utama penyeludupan ialah United Kingdom, negara Eropah tertentu dan beberapa negara Asia Timur, seiring peningkatan penggunaan lapangan terbang serantau sebagai transit.
"Antara dadah yang lazim dibawa ialah methamphetamine (syabu), MDMA (ekstasi), ganja dan kokain, bergantung kepada laluan serta permintaan pasaran," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terperdaya dengan tawaran palsu dan segera melaporkan sebarang tawaran meragukan kepada pihak polis.
"Orang ramai juga diingatkan bahawa alasan 'tidak tahu kandungan bagasi' tidak diterima oleh kebanyakan negara yang mempunyai undang-undang dadah yang sangat tegas, termasuk hukuman mati dan penjara," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan atau pengedaran dadah boleh menyalurkannya menerusi talian hotline JSJN 012-2087222.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- 55 warganegara Malaysia ditahan di luar negara sebagai "keldai dadah" sejak Januari hingga September, dengan majoriti lelaki dan wanita. Mereka ditahan di 16 negara termasuk Indonesia, Singapura, dan Kemboja. Sindiket dadah mencari mangsa melalui media sosial dan iklan palsu, menawarkan upah lumayan tanpa pengalaman.
- Sindiket dadah menggunakan pelbagai modus operandi seperti menyembunyikan dadah dalam bagasi dan menggunakan perkhidmatan kurier. Destinasi utama penyeludupan ialah United Kingdom dan negara Asia Timur. Dadah yang sering dibawa termasuk syabu, ekstasi, ganja, dan kokain.
- Polis menggesa orang ramai untuk berwaspada, tidak terperdaya dengan tawaran palsu, dan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada pihak berkuasa. Alasan "tidak tahu kandungan bagasi" tidak akan diterima oleh negara dengan undang-undang dadah ketat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata 50 daripadanya adalah lelaki manakala bakinya wanita.
"Mereka ditahan di 16 negara iaitu 10 individu di Indonesia; Singapura (sembilan); Kemboja dan Taiwan masing-masing enam; Thailand (lima); Belgium, Laos dan Macau masing-masing tiga; Hong Kong dan Korea Selatan masing-masing dua serta masing-masing satu di Filipina, Jepun, Jordan, Maghribi, Myanmar dan Norway," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JSJN Bukit Aman memandang serius peningkatan kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan orang awam sebagai "keldai dadah" sepanjang tahun ini.
Hussein berkata hasil pemantauan JSJN mendapati sindiket dadah akan sentiasa mencari mangsa baharu dan sanggup mengeksploitasi sesiapa sahaja tanpa mengira umur pekerjaan atau latar belakang.
Beliau berkata sindiket turut dikesan merekrut mangsa melalui media sosial dan iklan kerja palsu dengan menyasarkan golongan belia, pencari kerja, pelajar serta individu berpendapatan tidak stabil.
Mangsa, katanya dijanjikan upah lumayan antara RM1,000 hingga RM10,000, termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.
"Semua tawaran ini hanyalah umpan bagi memperdayakan mangsa membawa bagasi atau bungkusan yang sebenarnya mengandungi dadah berbahaya," katanya.
Hussein berkata sindiket kini menggunakan pelbagai modus operandi antaranya menyembunyikan dadah dalam bagasi, barangan peribadi, perabot kecil, makanan, peralatan elektronik dan menggunakan perkhidmatan kurier, selain menggunakan kaedah body packing dalam laluan tertentu.
Beliau berkata destinasi utama penyeludupan ialah United Kingdom, negara Eropah tertentu dan beberapa negara Asia Timur, seiring peningkatan penggunaan lapangan terbang serantau sebagai transit.
"Antara dadah yang lazim dibawa ialah methamphetamine (syabu), MDMA (ekstasi), ganja dan kokain, bergantung kepada laluan serta permintaan pasaran," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terperdaya dengan tawaran palsu dan segera melaporkan sebarang tawaran meragukan kepada pihak polis.
"Orang ramai juga diingatkan bahawa alasan 'tidak tahu kandungan bagasi' tidak diterima oleh kebanyakan negara yang mempunyai undang-undang dadah yang sangat tegas, termasuk hukuman mati dan penjara," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan atau pengedaran dadah boleh menyalurkannya menerusi talian hotline JSJN 012-2087222.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah warganegara Malaysia yang ditahan di luar negara sejak Januari hingga September kerana disyaki terlibat sebagai "keldai dadah"?
A: Sebanyak 55 warganegara Malaysia ditahan, dengan 50 lelaki dan 5 wanita, di 16 negara berbeza. - Q: Bagaimana sindiket dadah merekrut mangsa untuk membawa dadah ke luar negara?
A: Sindiket merekrut mangsa melalui media sosial, iklan kerja palsu, dan menawarkan upah lumayan serta tawaran tiket penerbangan dan penginapan untuk membawa bungkusan dadah. - Q: Apa modus operandi yang digunakan oleh sindiket untuk menyeludup dadah?
A: Sindiket menggunakan pelbagai cara seperti menyembunyikan dadah dalam bagasi, barangan peribadi, perabot kecil, makanan, peralatan elektronik, menggunakan perkhidmatan kurier, dan kaedah body packing. - Q: Apakah destinasi utama penyeludupan dadah yang dinyatakan dalam artikel?
A: Destinasi utama penyeludupan ialah United Kingdom, beberapa negara Eropah, dan Asia Timur, dengan dadah seperti methamphetamine, MDMA, ganja, dan kokain. - Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh pengarah JSJN kepada orang ramai berkenaan tawaran kerja palsu yang melibatkan penyeludupan dadah?
A: Pengarah JSJN menggesa orang ramai agar berwaspada, tidak terperdaya dengan tawaran palsu, dan segera laporkan kepada pihak polis jika mendapat tawaran yang mencurigakan.