awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

55 saksi untuk sesi pendengaran awam kes kematian Balamurugan - EAIC

Bernama
Bernama
20/04/2017
15:37 MYT
55 saksi untuk sesi pendengaran awam kes kematian Balamurugan - EAIC
Balamurugan ditemui mati semasa dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8 Feb lepas. Gambar hiasan
Sebanyak 55 saksi akan dipanggil dalam empat sesi pendengaran awam Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung kes kematian tahanan di dalam lokap polis, S.Balamurugan pada 17 Feb lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Selangor.
Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata sesi pendengaran awam itu ditetapkan pada 15 hingga 19 Mei; 5 -9 Jun; 10-14 Julai; dan 24 -28 Julai di Bilik Pendengaran EAIC, Aras 11, Bangunan Menara Usahawan, Presint 2 di sini dari 9 pagi hingga 4.30 petang.
Beliau berkata pihak EAIC akan memanjangkan jemputan kepada keluarga tahanan (si mati), Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Suhakam, Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkepentingan selaras dengan Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 .
"Pendengaran awam ini yang akan diketuai oleh saya dan beberapa pesuruhjaya yang lain merupakan lanjutan daripada siasatan awal pasukan petugas EAIC bagi mengesan sama ada terdapat salah laku dalam kes yang melibatkan kematian S.Balamurugan semasa dalam tahanan polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Balamurugan, 44, ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8 Feb lepas. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EAIC
#kematian tahanan
#lokap polis
#S balamurugan
#saksi
#sesi pendengaran awam
#Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
#Yaacob Md Sam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan