KANGAR: Seramai 57 juruterbang paramotor dari seluruh negara menyertai Northern Tour Paramotor Funfly 2022 di Kangar Jaya di sini bermula 14 Jan lepas hingga hari ini.
Presiden Kelab Paramotor Fly High Perlis Datuk Abdul Azib Saad berkata karnival julung kali diadakan di negeri itu dianjurkan oleh Gabungan Kelab Paramotor Bahagian Utara yang terdiri daripada Kelab Paramotor Flyhigh Perlis, Kelab Paramotor Northern Sungai Petani dan Kelab Paramotor Sitiawan Perak.
"Kita harap penganjuran ini mampu menarik minat lebih ramai anak muda menyertai sukan udara ini kerana ia mampu membentuk keyakinan, jati diri dan disiplin tinggi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Azib berkata sukan paramotor berpotensi besar untuk dimajukan sebagai sukan pelancongan di Perlis kerana negeri itu mempunyai keindahan alam semula jadi.
Beliau turut berharap karnival itu dapat menjadi acara tahunan dengan bukan hanya sekadar tujuan rekreasi malah menarik lebih ramai pelancong ke Perlis.
Sementara itu, Pengurus Teknikal Northern Tour Paramotor Funfly 2022 Pegawai Waran (B) Zul Majdi Saari yang juga Presiden Kelab Paramotor Sitiawan Perak berkata karnival tersebut dianjurkan berkonsepkan 'camp and fly' iaitu peserta menginap di khemah sepanjang karnival berlangsung.
"Ini secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi suasana aktiviti sekali gus merapatkan hubungan sesama peserta," katanya.
Ditanya mengenai pengalaman dalam sukan tersebut, bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berkata pada mulanya beliau agak bimbang mengenai risiko namun selepas mempelajari teknik daripada jurulatih, beliau menyedari sukan tersebut amat menyeronokkan.
"Bagi saya semua sukan mempunyai risiko tersendiri, apa yang penting adalah peserta perlu mempunyai disiplin, pengetahuan dan latihan secukupnya sebelum dibenarkan terbang," katanya yang pernah mewakili negara dalam acara sukan paramotor pada temasya Sukan Pantai Asia 2014 di Phuket, Thailand.
Zul Majdi berkata sukan tersebut memerlukan modal sekitar RM12,000 hingga RM13,000 bagi peringkat permulaan dan kos penyelenggaraannya pula tidak membebankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022

Abdul Azib berkata sukan paramotor berpotensi besar untuk dimajukan sebagai sukan pelancongan di Perlis kerana negeri itu mempunyai keindahan alam semula jadi. - Facebook jomfly.com

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

57 juruterbang paramotor sertai Northern Tour Paramotor Funfly 2022
Sukan udara ini mampu membentuk keyakinan, jati diri dan disiplin tinggi.